SHAH ALAM 3 Mei - Lebih 16,000 siswa dan siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara akan mula bergerak pulang ke rumah masing-masing sempena sambutan Aidiltri bermula Jumaat ini hingga 12 Mei.
Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM berkata, pihaknya menyediakan lebih 200 kenderaan melibatkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kereta untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara.
Menurut kenyataan itu, penghantaran pulang pelajar akan melibatkan keseluruhan 30 kampus dengan disertai lebih 700 kakitangan.
“Pihak UiTM akan mengagihkan bilangan kenderaan yang diperlukan oleh semua kampus mengikut zon setelah kesemua pelajarnya melengkapkan borang selidik yang telah diedarkan,” menurut kenyataan itu.
Proses penghantaran pulang pelajar turut melibatkan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta pelbagai jabatan bagi memastikan kelancaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bagi pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus, pihak UiTM akan terus menyantuni mereka sebaik mungkin agar suasana Aidiltri turut diraikan bersamasama, menurut kenyataan terbabit. - DagangNews.com