M & A Equity dapat kelulusan sebagai pemberi pinjaman wang berlesen | DagangNews Skip to main content

M & A Equity dapat kelulusan sebagai pemberi pinjaman wang berlesen

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 9 Ogos - M & A Equity Holdings Berhad diberi kelulusan untuk beroperasi sebagai pemberi pinjaman wang di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) dan Peraturan Peminjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

 

Menurut M & A Equity, anak syarikat miliknya, M & A Digital Sdn Bhd telah menerima surat kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 9 Ogos 2024.

 

"Lesen tersebut akan sah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 7 Ogos 2024 dan boleh diperbaharui pada akhir tempoh sah.

 

"Dengan lesen ini, M & A Digital Sdn Bhd kini boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan peminjaman wang," katanya dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini.- DagangNews.com