Malacca Securities jangka harga resin terus catat penurunan | DagangNews Skip to main content

Malacca Securities jangka harga resin terus catat penurunan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Malacca Securities menjangkakan trajektori menurun dalam harga resin akan berterusan, kecuali berlaku sebarang gangguan besar di luar jangka pada bekalan.

 

Firma itu berkata, pasaran resin mula mencatatkan penurunan sejak akhir April 2022 dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan stok simpanan huluan dan kos yang lebih rendah dan kebimbangan permintaan yang berpunca daripada penutupan China akibat penularan COVID-19.

 

Katanya,resin akan terus mengalami hakisan harga pada Julai 2022 dan ia akan terus mencatatkan penurunan sekiranya tiada sebarang gangguan. 

 

"Kami menjangkakan permintaan untuk pembungkusan plastik kekal tinggi dirorong pembukaan semula ekonomi global.

 

"Bagaimanapun, industri itu mungkin masih menghadapi cabaran yang timbul daripada ketidaktentuan ekonomi global, konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine yang menjejaskan rantaian bekalan, serta harga komoditi yang tidak stabil," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih BP Plastics Holding Berhad menurun 17.4% dari tahun ke tahun kepada RM12.2 juta menjadikan keuntungan mereka untuk 6MFY22 menurun 19.3%.

 

Bagaimanapun, keputusan itu melebihi jangkaan, berjumlah 66.3% daripada jangkaantahun penuh pada RM29.7 juta dan 56.9% daripada ramalan konsensus pada RM34.6 juta.

 

Dari suku ke suku, untung teras melonjak 61.7%, sebahagian besarnya disokong oleh campuran produk yang lebih baik, serta margin yang lebih baik didorong oleh harga resin yang lebih baik.

 

Firma itu menyamak naik penarafan kumpulan kepada 'beli' daripada 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM1.93. - DagangNews.com