Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Malaysia sekali lagi merekodkan jumlah kes kematian tertinggi sebanyak 318 akibat wabak COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 11,691 kes (0.87%).
"Sebanyak 256 kes melibatkan warganegara dan 62 kes lagi bukan warganegara.
"93 kes adalah Brought-In-Dead (BID) melibatkan 57 warganegara dan 36 bukan warganegara. Kes BID yang dicatatkan itu adalah yang tertinggi pernah dilaporkan," jelas beliau dalam satu kenyataan.
Jumlah kematian yang dicatatkan semalam melibatkan 183 golongan lelaki dan 135 golongan perempuan.
Seramai 239 daripada jumlah itu juga mempunyai komorbiditi atau penyakit lain, manakala 79 lagi tiada.
Kematian mengikut pecahan negeri pula menyaksikan 118 kes tertinggi di Selangor, diikuti Johor (52) Kuala Lumpur (45) dan Sabah (28).
Lain-lain negeri mencatatkan kes kematian di bawah paras 20 kes seperti Kedah (19), Pulau Pinang (10), Melaka (10), Perak (9), Pahang (8), Negeri Sembilan (7), Terengganu, Sarawak dan Kelantan (4).
Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan, Perlis dan Putrajaya. - DagangNews.com