Maybank IB kekal saranan 'pegang' terhadap RCE Capital, TP lebih tinggi RM1.75 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB kekal saranan 'pegang' terhadap RCE Capital, TP lebih tinggi RM1.75

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Dis - Maybank Investment Bank (Maybak IB) mengekalkan saranan 'pegang' terhadap RCE Capital Berhad dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi sebanyak RM1.75 sesaham.

 

Firma itu berkata, saranan itu dibuat kerana kos dana semakin meningkat dengan kumpulan itu kini beralih kepada kredit pusingan serta pembiayaan berjangka yang menawarkan kadar faedah yang lebih menarik sebanyak 4% walaupun baru saha mengeluarkan sukuk pada kadar keuntungan 5.19%.

 

Katanya, kumpulan itu memiliki RM250 juta kredit pusingan dan pembiayaan berjangka yang boleh digunakan.

 

"Selain itu, kumpulan itu akan menilai semula produk pembiayaannya pada Oktober 2022 dengan lebih 50 mata asas (bps) ke atas.

 

"Secara keseluruhannya, kumpulan itu yakin mereka boleh mengekalkan margin faedah bersih pada c.8%," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma itu berkata, peningkatan kos kredit adalah berpunca daripada gelombang perletakan jawatan guru serta kakitangan akademik dan ia memuncak pada Jun 2022 namun keadaan itu semakin reda ketika ini.

 

Katanya, pertumbuhan pembiayaan semakin bertambah (2QFY23: +3% dari suku ke suku, 1QFY23: +1% dari suku ke suku) atas permintaan dan pelarasan gaji pada Julai 2022.

 

"Pertumbuhan pembiayaan boleh menerima satu lagi rangsangan dalam 4QFY23 berikutan kenaikan gaji RM100 untuk kakitangan awam mulai 1 Januari 2023.

 

"Bagi jangka panjang, kumpulan itu dapat mengembangkan permbiayaannya sebanyak 4% setahun," katanya. - DagangNews.com