Maybank IB positif terhadap prospek Sunway penuhi permintaan hartanah perindustian di Pulau Pinang | DagangNews Skip to main content

Maybank IB positif terhadap prospek Sunway penuhi permintaan hartanah perindustian di Pulau Pinang

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) positif terhadap prospek Sunway Berhad bagi memenuhi permintaan hartanah perindustrian di Pulau Pinang.

 

Firma penyelidikan itu berkata, keyakinan itu disuarakan selepas kumpulan itu memeterai perjanjian pembangunan bersama Umech Land Sdn. Bhd. bagi membangunkan taman perindustrian di Batu Kawan.

 

Katanya, taman perindustrian baharu itu akan membantu Sunway mempelbagaikan asas pendapatannya dan meluaskan pendedahannya dalam segmen hartanah perindustrian.

 

"Kami positif terhadap perjanjian itu keranan penetapan harga yang adil, dengan jumlah nisbah kos tanah kepada nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak 18%. Kos tanah sebanyak RM26.5 sekaki persegi juga lebih rendah daripada harga di kawasan berkenaan.

 

"Tanah itu terletak bersebelahan dengan taman perindustrian Batu Kawan yang telah matang dan mempunyai kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan bagi hartanah perindustrian di utara," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Sunway, Umech Land meterai perjanjian bersama Penang Development Corporation bina taman perindustrian Batu Kawan

 

Maybank IB berkata, projek baharu ini mempunyai anggaran GDV sebanyak MYR3.5 bilion.

 

Katanya, dengan andaian margin sebelum cukai sebanyak 15% dan tempoh pembangunan lapan tahun, projek perindustrian baharu itu dijangka menghasilkan keuntungan bersih tahunan sebanyak RM50 juta.

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM1.92 sesaham," katanya. - DagangNews.com