Memperkasa Sastera Rakyat menerusi Festival Mitologi Alam Melayu: `Nenek Kebayan' | DagangNews Skip to main content

Memperkasa Sastera Rakyat menerusi Festival Mitologi Alam Melayu: `Nenek Kebayan'

SHAH ALAM 3 Julai – Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) buat julung kalinya menganjurkan Festival Mitologi Alam Melayu: Nenek Kebayan Di Alam Melayu di kampus UiTM Puncak Alam, baru-baru ini.

 

Festival anjuran bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka itu bermatlamat menyumbang kepada kelompongan dan proses pemuliharaan serta pemeliharaan warisan budaya cerita rakyat berkaitan `nenek Kebayan’ dalam aspek mitologi dan sastera rakyat orang Melayu.

 

Penasihat kepada festival tersebut, Dr. Ayu Haswida Abu Bakar berkata, penganjuran festival ini adalah sebagai satu daripada langkah program penulisan untuk menyemarakkan lagi industri atau bidang Pengajian Kesusasteraan Melayu, Sastera Rakyat Melayu khususnya mengangkat watak dan perwatakan nenek kebayan.

 

Menurut beliau, melalui penganjuran festival ini juga secara langsung dapat mendekatkan pelajar pengajian Seni Liberal khususnya pelajar program penulisan di mana mereka ini adalah asas kepada industri seni tanah air.


 

Dr. Ayu Haswida Abu Bakar
     Dr. Ayu Haswida Abu Bakar

 


Beliau berkata, penganjuran festival ini secara langsung dapat memperkasakan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar Pengajian Seni Liberal khususnya pelajar program penulisan tentang sastera rakyat Melayu, khususnya kepada watak dan perwatakan `nenek kebayan’.

 

“Ini juga diberikan keutamaan kepada pelajar-pelajar Program Penulisan, ilmu-ilmu sastera rakyat ini sangat penting bagi mereka untuk menjana kreativiti dan ilham ketika membentuk karya-karya mereka baik normal, puisi, cerpen, ataupun skrip,” katanya dalam kenyataan kepada DagangNews.com.

 

Dr. Ayu Haswida yang merupakan koordinator bidang program penulisan KPSK menyatakan harapannya agar penganjuran Festival Mitologi Alam Melayu: Nenek Kebayan di Alam Melayu dapat memberi ilmu yang selama ini mungkin tidak dapat dicari di mana-mana.

 

“Kita berharap festival ini dapat menyumbang dalam bidang kesusasteraan Melayu khususnya sastera rakyat.

 

“Penganjuran ini telah memberikan banyak pengetahuan yang selama ini semua kurang cakna tentang sastera rakyat dan ini sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui kesusasteraan melayu yang di mana khususnya pada sastera rakyat,” tambah beliau.


 

parafrasa

 

Projek Festival Mitologi Alam Melayu: Nenek Kebayan Di Alam Melayu yang  berlangsung pada 17 Jun lalu, mengandungi tiga aktiviti yang dimulakan dengan pameran mengenai `Nenek Kebayan di alam Melayu’ iaitu anjuran bersama Pengajian Seni Liberal khususnya program penulisan bersama Pengajian Seni Digital dan Imejan.


 

parafrasa

 


Turut diadakan ialah seminar mengenai Nenek Kebayan di alam Melayu yang  melibatkan tiga panel iaitu Prof Madya Dr. Nasirin Abdillah; Prof Madya Dr. Salmah Jan Noor Muhammad dan Azhar Amirulhisyam Jamaluddin bersama moderator Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi. - DagangNews.com

 

parafrasa