MIDF Research jangka tekanan inflasi makanan terus meningkat pada separuh kedua tahun ini | DagangNews Skip to main content

MIDF Research jangka tekanan inflasi makanan terus meningkat pada separuh kedua tahun ini

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Sept - MIDF Research menjangkakan tekanan inflasi makanan terus meningkat pada separuh kedua 2023.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kedudukan Malaysia sebagai pengimport makanan bersih akan terjejas kesan perubahan iklim dan perkembangan luaran ke atas dasar eksport makanan.

 

Katanya, indeks harga pengeluar (PPI) Malaysia merosot untuk bulan ketujuh berturut-turut, menurun sebanyak 1.8% dari tahun ke tahun pada Ogos tahun ini.

 

Pada peringkat pemprosesan, harga bahan mentah turun sebanyak 2.4% dari tahun ke tahun (Julai: -6.3%), paling lemah dalam setahun.

 

MIDF Research berkata, kos bahan api mentah menguncup lagi sebanyak 6.2% manakala kadar inflasi bahan makanan meningkat pada paras terendah tujuh bulan pada 3.3%.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kos untuk bahan perantaraan, bekalan dan komponen menurun sebanyak 3.7% tahun ke tahun, penurunan terbesar dalam tempoh lebih tujuh tahun.

 

Sebaliknya, ia berkata pertumbuhan dalam harga barang siap meningkat sedikit perlahan sebanyak 3.2% tahun ke tahun pada Ogos 2023 (Julai 2023: +3.4% tahun ke tahun).

 

“Pada asas bulan ke bulan, IHPR meningkat 0.3% apabila kos bahan mentah meningkat sebanyak 3.2% manakala bahan perantaraan susut 0.5%.

 

“Trend penguncupan IHPR menunjukkan penyederhanaan dalam tekanan inflasi keseluruhan.

 

“Bagaimanapun, adalah wajar memantau kenaikan berterusan dalam tekanan harga makanan. Walaupun secara keseluruhan IHPR merosot, inflasi input untuk bahan makanan dan bahan makanan kekal pada momentum pertumbuhan,” katanya. - DagangNews.com