KUALA LUMPUR 9 Dis - MIDF Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap Bermaz Auto Berhad dengan harga sasaran (TP) RM2.67, lebih tinggi berbading RM2.36 sesaham.
Firma itu berkata, saranan itu dibuat selepas pendapatan teras kumpulan itu bagi 1HFY23 berjaya mengatasi unjuran.
Katanya, dividen interim kumpulan itu juga meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu.
"Pendapatan teras 2QFY23 meningkat 31% dari suku ke suku didorong oleh jumlah jualan yang lebih kukuh, peningkatan margin operasi teras dan sumbangan syarikat bersekutu yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini
Berdasarkan prestasi luar biasa itu, firma itu menaikkan unjuran pendapatan bagi FY23 dan FY24 sebanyak 13% serta 4%.
Katanya, unjuran itu adalah mencerminkan margin keuntungan lebih tinggi daripada produk pemasangan tempatan (CKD) yang lebih tinggi dalam campuran jualan selain nilai mata wang Yen Jepun yang lebih rendah.
"Kami mengandaikan kadar tukaran asing konservatif sebanyak RM3.70 untuk Yen Jepun bagi FY24
“Unjuran jumlah jualan kami tidak berubah kerana jumlah keseluruhan industri (TIV) kumpulan 1HFY23 sebanyak 9,059 unit menyumbang 50% hasil FY23," katanya. - DagangNews.com