KUALA LUMPUR 8 Sept - MIDF Research mengekalkan purata unjuran kadar pengangguran pada paras 3.5% bagi 2023.
Pasaran tenaga kerja di Malaysia dijangka terus kukuh pada 2023 dan 2024, disokong oleh momentum yang menggalakkan dalam ekonomi domestik.
"Purata kadar pengangguran Malaysia dijangka menurun lagi kepada 3.5% pada 2023 dan kembali ke tahap pra pandemik pada 3.3% pada 2024.
"Kehadiran semula pekerja bukan warganegara bakal meningkatkan pekerjaan keseluruhan serta mengurangkan kadar pengangguran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
BACA JUGA: Jumlah penganggur di Malaysia berkurang kepada 579,200 ribu orang pada Julai 2023
Terdahulu,pasaran tenaga kerja mencatatkan perkembangan sederhana, merekodkan peningkatan bilangan penduduk yang bekerja manakala bilangan penganggur menurun.
Bilangan tenaga kerja pada Julai 2023 naik sebanyak 0.1% kepada 16.91 juta orang daripada RM16.89 juta pada Jun 2023, mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan tersebut iaitu pada 70.1%,
Firma penyelidikan itu berkata, sehingga suku kedua tahun ini, pekerjaan untuk bukan warganegara adalah 2.7% lebih rendah dari tahap pra pandemik.
Katanya, bagi tempoh tujuh bulan 2023, guna tenaga meningkat 2.6% (2022: +3.5%) manakala pengangguran berkurangan sebanyak 9.9% (2022: -14.8%) dan kadar pengangguran purata pada 3.5% (2022: 3.8%).
"Penambahbaikan berterusan dalam pasaran tenaga kerja akan menyokong perbelanjaan pengguna kerana nisbah penerima gaji kepada pekerjaan telah mencapai puncak baharu pada 64.5% pada 2021, antara lain berkat dasar gaji minimum," katanya. - DagangNews.com