MIDF Research unjur momentum hasil Malayan Cement bertambah baik selaras pelancaran projek MRT3 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research unjur momentum hasil Malayan Cement bertambah baik selaras pelancaran projek MRT3

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Ogos- MIDF Research mengunjurkan momentum hasil Malayan Cement Berhad bertambah baik selaras dengan pelancaran kerja-kerja infrastruktur melibatkan MRT3 pada 4QFY22.

 

Firma itu berkata, hasil kumpulan untuk bagi tahun ini bagi segmen simen meningkat 83% dari tahun ke tahun kepada RM2.05 bilion manakala untuk operasi meningkatas lima kali ganda daripada RM46.8 juta pada FY21 kepada RM235.6 juta pada FY22. 

 

Katanya, margin keuntungan menunjukkan peningkatan ketara kepada 11.5% daripada 4.2% pada FY21.

 

"Penambah baikan itu disebabkan peningkatan aktiviti berbanding tahun kewangan sebelumnya, harga jualan simen yang lebih tinggi mengurangkan kos bahan api yang lebih tinggi dan juga kos pembaikan serta penyelenggaraan yang lebih rendah.

 

"Hasil daripada segmen ini meningkat sebanyak 2.6 kali gandar kepada RM653.7 juta pada FY22.

 

"Walaupun segmen itu masih mencatat kerugian operasi sebanyak RM1.7 juta, namun jumlah itu lebih kecil berbanding RM17.2 juta pada FY21," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, Malayan Cement merekodkan pendapatan teras sebanyak RM78.1 juta bagi FY22 dan ia gagal mencapai sasaran firma pada kadar 68.9% untuk jangkaan tahun penuh, bagaimanapum ia melebihi jangkaan konsensus yang ditetapkan.

 

Firma itu percaya masa hadapan kumpulan itu positif didorong oleh kemajuan sektor pembinaan dan pihaknya menjangkakan pelaksanaan projek infrastruktur kerajaan.

 

Katanya, Malayan Cement berada di kedudukan paling dominan dalam industri cement dan konkrit di Semenanjung Malaysia.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM2.88," katanya. - DagangNews.com