MIDF Research unjur Sunview raih keuntungan RM3.1 juta daripada projek loji solar di Kuala Ketil | DagangNews Skip to main content

MIDF Research unjur Sunview raih keuntungan RM3.1 juta daripada projek loji solar di Kuala Ketil

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Jun - MIDF Research mengunjurkan Sunview Group Bhd meraih keuntungan kira-kira RM3.1 juta daripada projek berskala besar (LSS) loji solar fotovoltaik (PV) yang akan dibangunkan di Kuala Ketil, Kedah.

 

Katanya, ia selaras dengan panduan pengurusan sebelum ini mengenai margin kasar 6% untuk kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) berkaitan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP).

 

"Sebahagian besar pendapatan daripada pekerjaan ini dijangka diiktiraf pada FY25 (berakhir Mac)," katanya dalam aru nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu memperoleh kontrak RM51.9 juta bagi pembinaan loji solar 44.99 MWp.

 

Kumpulan itu menerusi Sunview Fabulous Sunview Sdn Bhd menerima surat anugerah daripada Cenergi Solar Kuala Ketil Sdn Bhd bagi pembinaan projek itu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Sunview peroleh kontrak bina loji fotovoltaik berskala besar bernilai RM52 juta di Kuala Ketil

 

Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu akan memulakan kerja-kerja bagi projek itu, hari ini dan ia dijangka mencapai operasi komersial pada 24 Jun 2025 melainkan dilanjutkan secara bertulis oleh Cenergi

 

Katanya, kejayaan proek rbaharu itu meningkatkan buku pesanan tertunggak Sunview kepada RM262.8 juta. 

 

Kira-kira RM63 juta daripada jumlah itu terdiri daripada projek atas bumbung C&I dengan kumpulan itu mempunyai dua lagi kerja CGPP EPCC pada radarnya yang dianggar RM150 juta secara keseluruhan.

 

"Selain itu, kumpulan itu juga memperoleh dua peruntukan 29.99MWac pada Ogos tahun lalu (di bawah konsortium JAKS Solar Power Sdn Bhd, Ann Joo Green Energy Sdn Bhd dan Fabulous Sunview Sdn Bhd dan satu lagi di bawah konsortium Solarcity REIT Sdn Bhd dan Coara Solar Sdn Bhd), yang mana ia memegang kepentingan masing-masing sebanyak 10% dan 80%," katanya.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga 88 sen sesaham. - DagangNews.com