MoF: Subsidi diesel Budi Madani untuk individu akan disalurkan mulai 17 Julai ini | DagangNews Skip to main content

MoF: Subsidi diesel Budi Madani untuk individu akan disalurkan mulai 17 Julai ini

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 15 Julai — Subsidi diesel untuk pemohon individu akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing mulai Rabu, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Yung pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

 

Sehingga 120,000 pemilik kereta diesel yang memohon di bawah skim Budi Individu setakat 30 Jun telah diluluskan permohonan mereka, kata Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas menjawab soalan di Parlimen pagi ini.

 

Pusingan pertama pengeluaran dianggarkan sekitar RM25 juta, sebahagian daripada RM50 juta telah disediakan untuk program itu. Pemohon subsidi Budi Individu akan menerima RM200 sebulan.

 

 

“Maklumat pemohon sedia ada ini disemak balas dengan agensi kerajaan lain melalui lesen memandu dan cukai jalan mereka yang masih aktif dan memenuhi syarat untuk Budi Individu,” kata timbalan menteri itu.

 

Permohonan yang dikemukakan dan diluluskan pada bulan Julai akan dikreditkan pada 7 Ogos, tambah Lim.

 

"Kerajaan komited untuk memastikan mereka yang akan mendapat manfaat daripada program itu akan menerimanya secepat mungkin," kata timbalan menteri itu. - DagangNews.com