Muhyiddin sifatkan Allahyarham Lajim Ukim rakan seperjuangan yang banyak berjasa | DagangNews Skip to main content

Muhyiddin sifatkan Allahyarham Lajim Ukim rakan seperjuangan yang banyak berjasa

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukim sebagai seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang dikenali sejak sekian lama serta pernah bersama-sama berkhidmat dalam Kerajaan sebelum ini.

 

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau mendapat perkhabaran mendukacitakan bahawa Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

 

''Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian orang yang tersayang. Semoga tabah melalui saat yang mendukacitakan ini.

 

''Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Malaysia (Bersatu), Allahyarham adalah seorang sahabat dan rakan seperjuangan yang saya kenali sejak sekian lama serta pernah bersama-sama berkhidmat dalam Kerajaan sebelum ini.

 

Muhyiddin berkata, Allahyarham merupakan seorang ahli politik berpengalaman yang banyak berjasa dalam mencorakkan hala tuju Bersatu,'' katanya di sini hari ini.

 

 

obituary

 

 

''Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga amalan baik Allahyarham mendapat ganjaran dari Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin,'' kata beliau. - DagangNews.com