Muslim Pro lancar kempen pendanaan awam bagi membantu umat Islam Malaysia semasa pandemik | DagangNews Skip to main content

Muslim Pro lancar kempen pendanaan awam bagi membantu umat Islam Malaysia semasa pandemik


KUALA LUMPUR 23 Julai – Muslim Pro, app keagamaan dan komuniti Islam paling popular di dunia dengan lebih 100 juta muat turun sehingga kini, melancarkan kempen pendanaan awam bermula hari ini sehingga 6 Ogos 2021, bagi mengumpul dana untuk umat Islam di Malaysia yang memerlukan barangan asas semasa pandemik COVID-19 ini.

 

Kempen ini dilaksanakan secara kolaborasi bersama Pertubuhan Kebajikan Sedulur, sebuah badan kebajikan yang bermula pada 2015 dengan matlamat mengurangkan rantaian kemiskinan. Menerusi kolaborasi ini, menjelang 9 Ogos 2021, Muslim Pro menyasar untuk mengedar 100 bakul makanan kepada golongan memerlukan (B40 dan ke bawah) di Malaysia menggunakan dana yang dikumpul sepanjang kempen ini.

 

Menerusi Pertubuhan Kebajikan Sedulur, dana ini akan menyediakan barangan asas dan makanan bagi rakyat berpendapatan rendah dalam kategori B40 dan semua umat Islam di Malaysia semasa berdepan dengan kesulitan sekarang.

 

Matlamat dan objektif kempen ini adalah bagi menyatupadukan rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang terjejas teruk akibat pandemik ini.

 

Ketua Negara Muslim Pro bagi Malaysia, Nik Emir Din berkata, dalam Islam, umatnya digalakkan memberi sedekah atau sumbang bagi membantu saudara sesama Islam bagi mengeluarkan mereka daripada kesulitan, terutama waktu-waktu yang sukar ini.

 

"Semasa pandemik COVID-19 ini, ramai orang kehilangan insan tersayang, kehilangan kerja dan pendapatan, menjadikan mereka terkapa-kapai. Kami percaya dengan memberi balik kepada komuniti ini, kita akan dapat meringankan beban mereka dan membantu mereka dalam apa cara yang kita boleh,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

“Kami berharap untuk melihat kemajuan di dalam situasi Covid-19 ini, sementara itu kami juga gembira melihat app kami terus memberi sokongan besar dan bantuan kepada semua umat Islam di seluruh dunia kerana ciri-ciri pada apps kami membantu menyambungkan jarak fizikal di dalam pengamalan agama kami,” ujar beliau.

Nik Emir Din
                                    Nik Emir Din

 

Muslim Pro menggalakkan semua orang untuk sama-sama menyumbang bagi kempen ini menerusi aplikasi Muslim Pro, muat turun https://www.muslimpro.com/ sekarang.

 

Muslim Pro bermula sebagai aplikasi bergerak dengan idea mudah: memberikan waktu solat tepat kepada seluruh Ummah. Sejak itu, Muslim Pro telah berkembang dengan keperluan umat Islam, menjadi app bergerak menyeluruh yang memberi khidmat kepada jutaan pengguna di seluruh dunia menawarkan ciri-ciri menyeluruh keagamaan, gaya hidup dan komuniti.

 

Ciri utamanya termasuk waktu solat tepat, azan, bacaan audio penuh alQuran, panduan restoran Halal & Masjid, Kompas Kiblat, kalendar Hijrah Islam, pengiraan Zakat, kandungan Inspirasi Harian, Penjejak Puasa dan Solat, ibadah Haji maya, Surah-surah popular, Doa harian, penjejak zikir di dalam Tasbih dan terbaharu, Khatam Quran.

 

Muslim Pro memiliki lebih daripada 100 juta muat turun di lebih 200 negara meliputi semua peringkat usia. - DagangNews.com