#MustCariOng UEM Sunrise tawar cabutan bertuah hingga RM38,888 | DagangNews Skip to main content

#MustCariOng UEM Sunrise tawar cabutan bertuah hingga RM38,888

#MustCariOng

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) melancarkan kempen Tahun Baru Cina yang menjanjikan pembelian rumah dengan langkah yang mudah serta cabutan bertuah bernilai sehingga RM38,888.

 

UEM Sunrise berkata, kempen yang bertemakan #MustCariOng (MCO) itu adalah salah satu langkah untuk menceriakan orang ramai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19.

 

"UEM Sunrise akan menganjurkan kempen bertemakan #MustCariOng iaitu aktiviti-aktiviti digital yang akan mencuit hati para pembeli rumah dan masyarakat secara amnya.

 

"Para pembeli rumah berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik, termasuk Thermomix TM6, iPhone 12, atau rebat angpow bernilai sehingga RM38,888 dari pembelian rumah UEM Sunrise seterusnya dalam cabutan bertuah Tahun Baru Cina, setelah menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) sebelum 31 Mac," jelas UEM Sunrise.

 

#MustCariOng

 

UEM Sunrise juga menawarkan proses pembelian rumah yang lebih mudah dengan pengecualian yuran guaman untuk Surat Perjanjian Jual Beli dan pinjaman bank, serta pengecualian cukai setem di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2.0 bagi 18 projek yang berkualiti tinggi di wilayah selatan dan tengah.

 

Para pembeli rumah yang bertuah dalam projek yang terpilih juga akan menikmati pengecualian yuran penyelenggaraan selama dua tahun dan langganan jalur lebar TM Unifi  percuma selama 24 bulan bermula pada tarikh Serahan Milikan Kosong.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong berkata, meksipun PKP, pihaknya masih berhasrat untuk menyemarakkan semangat perayaan Tahun Baru Cina kepada orang ramai dan pelanggan-pelanggan kami dengan hadiah yang menarik dan paparan digital yang menyeronokkan.

 

#MustCariOng

 

“Dengan kempen ‘The Happy Chase’ yang dilancarkan dengan jayanya pada tahun lepas, UEM Sunrise ingin meneruskan dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli rumah idaman mereka melalui proses pembelian yang lebih mudah, sama ada mereka pembeli rumah pertama, ataupun mereka yang sudah berpengalaman," katanya.

 

Bersempena Tahun Baru Cina, UEM Sunrise juga akan menganjurkan Rumah Terbuka yang bercirikan penjarakan fizikal, iaitu acara maya di mana pelawat dalam talian boleh meneroka projek-projek tertentu dalam pencarian rumah impian.

 

Pelanggan boleh membuat lawatan maya ke bilik-bilik yang berbeza, diiringi dengan avatar maya iaitu “Ketua Pegawai Kebahagiaan”. 

 

Selebihnya, pelanggan boleh mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai produk-produk yang mengujakan daripada wakil jualan syarikat.

 

Antara produk-produk yang akan ditawarkan sempena kempen itu termasuk Residensi AVA, Solaris Parq, Allevia dan KAIA Heights di wilayah tengah, dan Aspira ParkHomes serta Senadi Hills di Iskandar Puteri, Johor. - DagangNews.com