myTukar lantik Jeffrey Ong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu | DagangNews Skip to main content

myTukar lantik Jeffrey Ong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

KUALA LUMPUR 23 Julai – Platform dagangan kereta terpakai digital, myTukar, mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Jeffrey Ong.

 

Menerusi pelantikan berkenaan, Jeffrey akan menerajui fasa pertumbuhan baharu yang dipacu pengenalan Program Pas ASEAN, sistem metrik pinjaman yang disokong Kecerdasan Buatan (AI), serta usaha pengembangan ke ASEAN, sekaligus menjadikan myTukar platform pilihan yang berpaksikan pelanggan di rantau ini.

 

Mengulas tentang misi peribadinya sebagai CEO baharu, Jeffery berkata, “Saya berbesar hati dan teruja kerana diberi amanah untuk memimpin sebuah syarikat yang berkembang pesat seperti myTukar.

 

"Kami berazam untuk mengubah persepsi pelanggan terhadap kereta terpakai. Kami ingin mempamerkan nilai sebenar kereta terpakai sebagai alternatif yang boleh dipercayai dan lebih berpatutan - selari dengan keperluan ekonomi penduduk di rantau ini.

 

"Akhirnya, kami berharap dapat mewujudkan standard kepercayaan yang memberi inspirasi kepada pelanggan supaya lebih sanggup menerima kereta terpakai ketika membeli kenderaan.”

 

“Industri kereta terpakai sedang mengalami anjakan paradigma pada masa kritikal ini dan myTukar bakal tampil memimpin transformasi ini. Kami komited untuk memajukan pasaran kereta terpakai di Malaysia, dan meneruskan momentum bagi memacu pertumbuhan yang sama rancak di peringkat rantau.

 

"Di samping itu, kami berhasrat untuk melebarkan sayap ke luar Malaysia dan mengembangkan satu ekosistem mobiliti serantau yang bersepadu, bagi menaik taraf pengalaman pembelian pelanggan di Malaysia serta di negara-negara jiran kami di Asia Tenggara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambah beliau lagi, “Kami ingin mengukuhkan kedudukan myTukar sebagai platform kereta terpakai digital pilihan pelanggan, selain mewujudkan pengalaman jual beli yang lancar.

 

"Kami berhasrat menyediakan ruang pembelian kereta yang menyatupadukan segala aspek penting dalam satu proses yang mudah, bermula daripada jualan sehingga ke perkhidmatan insurans dan kewangan.

 

"Dengan menaik taraf infrastruktur luar talian serta sistem pengurusan inventori dan logistik berpusat kami, kami bakal menjadikan proses pembelian kereta semudah membeli barangan harian secara dalam talian bagi pelanggan kami,” ujar beliau.

 

Jeffrey menggantikan bekas CEO, Fong Hon Sum yang telah menyandang peranan sebagai Pengerusi myTukar bermula Jun 2021. - DagangNews.com