NationGate lengkapkan perjanjian taja jamin bersama M&A Securities untuk terbitan IPO bagi Pasaran ACE | DagangNews Skip to main content

NationGate lengkapkan perjanjian taja jamin bersama M&A Securities untuk terbitan IPO bagi Pasaran ACE

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Nov - NationGate Holdings Berhad yang akan disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia memeterai perjanjian taja jamin bersama M&A Securities Sdn Bhd.

 

Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) itu terdiri daripada terbitan awam sebanyak 435.5 juta saham baharu dan tawaran jualan untuk 290.4 juta saham sedia ada.

 

Selaras dengan perjanjian itu, M&A Securities akan menaja jamin sejumlah 207.4 juta saham baharu yang disediakan kepada orang ramai Malaysia dan pengarah serta pekerjanya yang layak serta orang yang berkelayakan.

 

Baki 228.1 juta saham baharu akan diserahkan kepada pelabur terpilih.

 

Sementara itu, kesemua 290.4 juta saham yang ditawarkan untuk dijual akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih dan pelabur Bumiputera.

 

Selain menjadi penaja jamin Ipo NationGate, M&A Securities juga merupakan penasihat, penaja dan ejen penempatan untuk penyenaraian itu.

 

M&A Securities, besides being the underwriter of NationGate’s IPO, is also the Adviser, Sponsor and Placement Agent for the exercise.

 

Pengarah Urusan NationGate, Ooi Eng Leong berharap penyenaraian itu akan meningkatkan lagi keyakinan dalam kalangan pelabur, pihak berkepentingan dan pelanggan.

 

"Penyenaraian itu akan membolehkan kami memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk mengumpul dana bagi keperluan modal kerja untuk membeli pelbagai bahan mentah, bahan guna guna dan komponen elektronik yang digunakan untuk aktiviti EMS Syarikat seiring dengan pertumbuhan yang dijangkakan dalam aktiviti perniagaan EMS.

 

“Sebahagian daripada hasil juga akan digunakan untuk memperoleh jentera dan peralatan baharu untuk mengembangkan kapasiti pemasangan teknologi pemasangan permukaan kami, membayar balik pinjaman bank dan untuk membayar anggaran perbelanjaan penyenaraian untuk IPO,” katanya. - DagangNews.com