Nomura Asset Management Malaysia lancar Dana Ekuiti Global Shariah Mampan Nomura untuk pelabur tempatan | DagangNews Skip to main content

Nomura Asset Management Malaysia lancar Dana Ekuiti Global Shariah Mampan Nomura untuk pelabur tempatan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Jun - Nomura Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. iaitu pengurus dana Nomura Holdings Inc. melancarkan Dana Ekuiti Global Shariah Mampan Nomura bagi menambah baik akses pelabur tempatan dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pelaburan berimpak.

 

Dana itu terdapat di Malaysia bermula 29 Jun 2022 dengan pelaburan permulaan RM1,000 (MYR Class A) dan AS$1,000 (RM4,400) (AS$ Class A)

 

Nomura Asset Management U.K. Limited dilantik sebagai penasihat dana dan akan menyediakan penyelidikan pelaburan dan saham cadangan selaras dengan objektif pelaburan 

 

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Nomura Asset Management Malaysia, Leslie Yap berkata,  matlamat mereka adalah untuk menawarkan lebih banyak peluang dan cara untuk melabur mengikut prinsip dan mencapai matlamat pelaburan serta menjana impak positif.

 

"Kami percaya kami boleh melakukannya dengan menyediakan nilai jangka panjang dengan penyelesaian berkualiti yang menggabungkan prinsip amalan alam sekitar, sosial dan urus tadbir (ESG) dan Syariah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Nomura Asset Management Malaysia bekerjasama dengan Sun Life Malaysia Takaful Berhad bagi menyediakan pelanggannya pilihan yang lebih besar untuk memasukkan faktor ESG dalam keputusan pelaburan mereka.

 

nomura
Leslie Yap

 

Berikutan pelancaran Dana Ekuiti Mampan Nomura yang pertama pada Julai 2021, Nomura Asset Management Malaysia dapat menawarkan pelabur tempatan pilihan pelaburan yang bertanggungjawab memberikan impak yang mampan.

 

Ini telah dicapai dengan memberi tumpuan bukan sahaja pada portfolio prestasi kewangan syarikat, tetapi juga pada kesan sosial mereka yang positif.

 

Jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) Nomura Asset Management adalah sebanyak RM29 bilion sehingga 31 Mei 2022. - DagangNews.com