KUALA LUMPUR 23 Ogos - Operasi Kerjaya Prospek Group dijangka bertambah baik bermula 2HFY22 dengan kehadiran 750 pekerja Nepal dan Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang.
Kenanga Research berkata, secara idealnya, kumpulan itu perlu membawa masuk lagi 1,500 pekerja asing untuk membolehkan mereka memenuhi tempahan sebanyak RM4.3 bilion yang mungkin akan membuatkan mereka sibuk dalam tempoh toga tahun akan datang.
Firma itu berkata, dari segi pertambahan tempahan luar, mereka berjaya meraih RM1.13 bilion seklai gus berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran RM1.5 bilion bagi FY22.
"Kami juga mengurangkan unjuran pendapatan bagi FY22 sebanyak 15% bagi mencerminkan masalah kekurangan tenaga kerja tetapi mengekalkan sasaran bagi FY23 dengan menjangkakan isu itu akan diselesaikan sepenuhnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, kumpulan itu merekodkan untung bersih RM57.4 juta iaitu peningkatan 35% berbanding RM42.39 juta untuk separuh pertama berakhir 30 Jun 2022.
Pendapatan kumpulan juga meningkat sebanyak 26% kepada RM577.51 juta selepas aktiviti pembinaan kembali normal berbanding RM458.56 juta pada tahun sebelumnya.
Firma itu terus menyukai kumpulan itu kerana inovasinya terhadap pembinaan acuan aluminium dan margin keuntungan yang tinggi selain penglibatan pengurusan secara terus terhadap pelaksanaan projek.
Selain itu, kumpulan itu juga memiliki daya saing tinggi dalam pasaran yang membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak projek selain sumbangan daripada anak syarikat mereka.
Firma itu mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM1.42. - DagangNews.com