KUALA LUMPUR 9 Nov - Sabah Ports Sdn Bhd, anak syarikat Suria Capital Holdings Berhad, mengumumkan kejayaan pengendalian penghantaran kargo khas baru-baru ini di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, mengukuhkan kedudukannya sebagai operator pelabuhan utama Sabah yang melaksanakan logistik maritim, akses dan peluang ke negeri tersebut.
Suria Capital berkata, pelabuhan kontena, menerusi pengaturan khas, telah menguruskan beberapa siri konsainan kargo dengan cekap, menekankan keupayaannya untuk mengendali pelbagai barangan dan jumlah yang cukup besar.
"Kali ini ia melancarkan lebih daripada 60 tan metrik kargo setiap satu dan diangkut keluar menggunakan peralatan khas yang dipanggil 'Self Propelled Modular Transporter (SPMT)'.
"Kejayaan pengendalian penghantaran ini tentang fleksibiliti dan keupayaan pelabuhan kontena dalam menguruskan pelbagai jenis kargo," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Katanya, pelabuhan itu kekal komited kepada misinya untuk menyediakan perkhidmatan dan memartabatkan kecemerlangan operasi.
"Pelabuhan itu menjangkakan penghantaran yang lebih besar dalam masa terdekat dan ini adalah bukti kebolehpercayaan dan kapasiti pelabuhan untuk memenuhi tuntutan industri yang dinamik dan berkembang," katanya. - DagangNews.com