PEMERKASA: RM7.70 juta kepada 2,568 syarikat pengendali pelancongan terjejas | DagangNews Skip to main content

PEMERKASA: RM7.70 juta kepada 2,568 syarikat pengendali pelancongan terjejas


PUTRAJAYA 10 Jun - Sebanyak 2,568 syarikat pengendali pelancongan menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) melibatkan penyaluran peruntukan berjumlah RM7.70 juta.

 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini bagaimanapun berkata, masih banyak syarikat berkaitan belum menerima manfaat daripada bantuan kewangan yang disediakan itu.

 

"Justeru, MOTAC  akan menambah  baik  syarat kelayakan  bagi memastikan lebih banyak  golongan sasaran menerima manfaat  dengan tampil mengemukakan permohonan bagi tujuan tersebut,” menurut kenyataan itu.

 

Menurut MOTAC, maklumat mengenai syarat kelayakan PEMERKASA 2021 bagi syarikat pengendali pelancongan yang berlesen di bawah kementerian itu boleh didapati melalui laman web http://www.motac.gov.my/PemerkasaMotac2021.

 

Tarikh tutup permohonan bagi inisiatif tersebut adalah pada 15 Julai ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  pada Mac lepas mengumumkan  Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC. - DagangNews.com