Perdana Menteri jalani kuarantin kendiri ekoran sah kontak rapat kepada pesakit COVID-19 | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri jalani kuarantin kendiri ekoran sah kontak rapat kepada pesakit COVID-19

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

 

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Ismail Sabri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan, di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pada petang ini.

 

''Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,'' kata kenyataan tersebut.

 

 

PM

 

 

Tidak dinyatakan di mana lokasi Perdana Menteri terkena `kontak rapat' tetapi semalam beliau mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Pemberian Vaksian World Trade Centre (WTCKL). - DagangNews.com