Petronas Lub, Grab raikan rider wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 | DagangNews Skip to main content

Petronas Lub, Grab raikan rider wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 13 Mac – Petronas Lubricants International (PLI) dan Grab Malaysia telah berganding bahu untuk meraikan rakan penghantaran daripada golongan wanita sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

 

Lebih 200 pakej penjagaan yang mengandungi Petronas Sprinta (1L) dan barangan eksklusif lain daripada Petronas dan Grab telah diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada para rakan penghantaran wanita di stesen-stesen Petronas yang terpilih di sekitar Lembah Klang.

 

Stesen tersebut ialah Petronas Jalan Kolam Ayer, Ampang; Petronas Lingkaran Karak, Gombak; dan Petronas USJ 20, Subang Jaya. Selain itu, mereka juga disediakan khidmat pemeriksaan teknikal asas percuma untuk motosikal masing-masing.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Hezlinn Idris berkata, Tema Hari Wanita Antarabangsa 2024 ialah 'Inspirasikan Keterangkuman’ dan kami di Petronas Lubricants International mahu menghargai dan mengiktiraf para wanita yang berani mengatasi cabaran dan berusaha untuk maju ke hadapan.

 

"Memandangkan rakan penghantaran ini sentiasa berdepan dengan keadaan jalan raya dalam penghantaran harian mereka, kami berharap dapat menjalin hubungan yang bermakna dengan para juara yang tidak didendang ini dengan menyediakan penyelesaian pelincir yang terbaik.”

 

“Kerjasama dengan Grab ini membuktikan usaha Petronas Lubricants untuk memperkasakan wanita menerusi tawaran produk kami untuk penunggang dari setiap lapisan masyarakat.

 

Pakar pembangunan produk kami di Pusat Penyelidikan & Teknologi (R&T) Petronas Global di Itali mereka bentuk bendalir Petronas Sprinta untuk memberikan perlindungan dan prestasi cemerlang, yang diaktifkan serta-merta untuk membantu penunggang mengatasi cabaran dan ujian yang mungkin dihadapi dalam perjalanan harian mereka.

 

"Kami harap penawaran kami akan menggalakkan mereka untuk menentukan laluan sendiri dan mengikuti jalan yang benar-benar menunjukkan diri mereka yang sebenar,” tambah Hezlinn.

 

Memandangkan lebih ramai wanita yang menyertai profesion tradisional yang dikuasai lelaki, ciri kebolehcapaian dan keselamatan yang ditawarkan oleh aplikasi seperti Grab memudahkan pemerkasaan ekonomi wanita.

 

Grab mengutamakan keselamatan untuk rakan penghantaran dan pelanggan melalui pelbagai ciri termasuk pengesahan selamat untuk semua pengguna, komunikasi selamat dalam aplikasi dan makluman pemantauan perjalanan berasaskan GPS untuk memberitahu pemandu dan penunggang tentang potensi bahaya.

 

Pusat Keselamatan menyediakan sumber untuk keselamatan pemandu dan penumpang, manakala ciri maklum balas membolehkan pengguna berkongsi pengalaman mereka dan menyumbang kepada penambahbaikan yang berterusan.

 

Langkah-langkah ini memastikan pengalaman pengangkutan yang selamat dan boleh dipercayai untuk semua orang yang terlibat.

 

Salah seorang rakan penghantaran, Siti Norsakinah binti Mohd Nazir, yang menghadiri acara itu menceritakan, "Menjadi rakan penghantaran Grab wanita kadang-kala mencabar tetapi menyeronokkan pada masa yang sama. Setiap hari membawa pengembaraan baru dengan motosikal setia saya.

 

@Saya amat menghargai program anjuran Petronas ini. Ia amat bermakna bagi saya. Sokongan yang diterima daripada Petronas dan Grab meyakinkan dan mendorong saya untuk terus melakukan yang terbaik."

 

Seorang lagi rakan penghantaran Grab, Nur Adibah bte Haripin berkongsi, "Sebagai seorang wanita, menjadi rakan kongsi penghantaran adalah sesuatu yang istimewa. Saya gembira kerana dapat membawa perubahan dalam kehidupan orang ramai setiap hari.

 

"Inilah cara saya untuk menyara orang yang saya sayangi. Saya merasakan satu kekuatan kerana mampu bekerja untuk diri sendiri dan melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri."

 

Para wanita rakan penghantaran mengubah norma dan mencabar jangkaan setiap hari dan daya tahan mereka pastinya membawa #InspirasiKeterangkuman di seluruh dunia dan membuktikan menunjukkan bahawa wanita boleh mencapai apa sahaja yang mereka inginkan.

 

Menerusi penyelidikan dan dedikasi yang konsisten untuk masyarakat yang lebih positif dari semua lapisan masyarakat, PLI secara konsisten menyasarkan untuk menjangkau sempadan dan kekal bersemangat tentang kemajuan ke arah masa depan yang lebih cerah untuk semua.- DagangNews.com