Pikas: 96.04% pekerja sektor pembuatan divaksin | DagangNews Skip to main content

Pikas: 96.04% pekerja sektor pembuatan divaksin

Pikas

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kadar vaksinasi pekerja dalam sektor pembuatan melalui Program Vaksinasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) terus meningkat kepada 96.04% bagi tempoh setakat 29 Ogos 2021.

 

Peratusan tersebut mewakili 899,718 pekerja dalam sektor berkenaan yang menerima vaksin bagi dos pertama.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberitahu, sebanyak 86.71% atau 654,316 daripadanya telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

 

.

 

Jumlah semasa itu terus meningkat berbanding hanya 890,313 pekerja sektor pembuatan yang menerima vaksin bagi tempoh sehingga 26 Ogos baru-baru ini.

 

"MITI telah memperkenalkan #PIKAS sejak 16 Jun 2021,di mana syarikat sektor pembuatan dapat memvaksinasi pekerja mereka melalui dua model.

 

"(1) PPV Penggunaan Umum yang dikongsi beberapa syarikat dan (2) PPV Di Tapak di mana pemilik kilang dapat memvaksinasi pekerja di premis mereka," jelas MITI dalam satu ciapan ringkas di laman Twitter rasminya hari ini.

 

/

 

Program imunisasi yang diperkenalkan oleh MITI itu merupakan sebuah kolaborasi strategik seumpamanya di antara pihak awam dan swasta.

 

Mula dilancarkan pada 16 Jun 2021, program berkenaan memfokuskan untuk mempercepat vaksinasi dalam kalangan pekerja di sektor pembuatan Malaysia.

 

Program tersebut mampu mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif bagi pekerja di dalam sektor pembuatan. 

 

Pemberian vaksin melalui Pikas oleh kerajaan adalah percuma, pihak swasta bagaimanapun hanya akan membiayai dan menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sekali gus dapat mengurangkan kos pentadbiran pemberian vaksin yang perlu ditanggung kerajaan. - DagangNews.com