PIKOM minta industri teknologi dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik bagi lindungi pengguna | DagangNews Skip to main content

PIKOM minta industri teknologi dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik bagi lindungi pengguna

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Dis - Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) meminta kerajaan untuk mempertimbangkan semula kenaikan tarif elektrik yang dikenakan kepada penggiat industri dan pada masa sama meminta agar perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pemaju perisian, syarikat telekomunikasi dan pusat data.

 

Perkara itu disuarakan kerana percaya bahawa kesan kenaikan itu akhirnya akan diturunkan kepada pengguna.

 

Pengerusi PIKOM, Ong Chin Seong berkata, kenaikan itu akan mejadi penghalang kepada syarikat multinasional (MNC) berpotensi untuk beroperasi di Malaysia dan menyebabkan mereka memilih lokasi lain untul beroperasi.

 

"Masih banyak syarikat masih bergelut untuk membina semula perniagaan mereka selepas wabak. Tambahan pula, kenaikan harga elektrik akan menyumbang kepada inflasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

PIKOM ialah persatuan digital dan teknologi terbesar di Malaysia yang mewakili lebih 1000 ahli termasuk perusahaan teknologi besar, PKS teknologi, penskala besar awan, pembangun perisian, syarikat telekomunikasi, pusat data, syarikat keselamatan siber dan syarikat perkhidmatan kongsi.

 

pikom
 Ong Chin Seong

 

Chin Seong mengingatkan kerajaan tentang kepentingan PKS, syarikat telekomunikasi dan pusat data kerana ia menyokong pertumbuhan pasaran domestik sambil memacu inisiatif pendigitalan negara.

 

"Sekiranya kenaikan itu kekal, kerajaan mungkin perlu merangka pelan subsidi atau menaikkan kenaikan itu dengan fasa yang lebih strategik seperti meletakkan ambang jangka masa termasuk rebat cukai untuk syarikat yang membayar tarif yang lebih tinggi," katanya.

 

Kebimbangan yang lebih besar untuk dipertimbangkan adalah untuk pelabur seperti hyperscaler awan yang menggaji ramai tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi. Kenaikan itu mungkin membuatkan mereka berpindah ke tempat lain. - DagangNews.com