POS Malaysia ajak utus surat menerusi Mel Rakyat sempena Hari Pos Sedunia 2021 | DagangNews Skip to main content

POS Malaysia ajak utus surat menerusi Mel Rakyat sempena Hari Pos Sedunia 2021

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 4 Okt. -  Sempena Hari Pos Sedunia 2021 yang akan disambut pada 9 Oktober ini, Pos Malaysia Bhd mengajak semua rakyat Malaysia untuk kekal berhubung dengan mengirimkan 'Mel Rakyat' kepada yang tersayang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer berkata, ulai 7 Oktober 2021, lebih daripada 6 juta surat dengan bayaran pos jelas (setem telah dibayar) akan mula dihantar secara percuma ke setiap alamat kediaman seluruh negara.

 

Katanya, rakyat Malaysia kemudiannya boleh mengirimkan Mel Rakyat yang mengandungi mesej tertulis, coretan atau nota pendek mereka kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja di Malaysia dengan mengeposkannya ke mana-mana peti surah merah Pos Malaysia atau berikan kepada posmen untuk dihantar tanpa memerlukan setem.

 

"Inisiatif ini seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia dan kami di Pos Malaysia inginorang ramai sentiasa kekal selamat dan terus berhubung dengan invididu penting bagi mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, kempen tersebut yang bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2021 turut meraikan sejarah gemilang Pos Malaysia yang telah wujud lebih daripada 200 tahun, serta mengetengahkan peranan Pos Malaysia dalam menghubungkan semua rakyat Malaysia.

 

Ujarnya,  Hari Pos Sedunia, yang disambut pada 9 Oktober setiap tahun menandakan ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) pada tahun 1874. 

 

"Hari istimewa ini disambut oleh semua penyedia perkhidmatan pos di seluruh dunia, meraikan ulang tahun Kesatuan Pos Sedunia yang ditubuhkan pada tahun 1874. 

 

“Di samping mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang berterusan kepada Pos Malaysia, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada lebih daripada 20,000 pekerja Pos Malaysia yang terus gigih membentuk senyuman melalui setiap penghantaran,” kata Charles. -DagangNews.com