Potensi kenaikan tarif elektrik beri impak minimum kepada VS Industry, kata AmInvestment | DagangNews Skip to main content

Potensi kenaikan tarif elektrik beri impak minimum kepada VS Industry, kata AmInvestment

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Dis - AmInvestment Bank Research menjangkakan potensi kenaikan tarif elektrik hanya memberi impak yang sangat minimum kepada VS Industry Berhad.

 

Firma itu berkata, bekalan elektrik hanya menyumbang 5% kepada kos jualan kumpulan.

 

Katanya, kerajaan sebelum ini memberikan bayangan yang mereka bakal mengenakan kenaikan tarif elektrik untuk pengeksport multinasional untuk mengurangkan beban subsidi.

 

Firma itu berkata, memandangkan masalah rantaian bekalan dan kekurangan teaga kerja berjaya diselesaikan sepenuhnya, kadar penggunaan kilang kumpulan itu akan menentukan sama sama margin untung bersih 5.9% bagi FY23 boleh dicapai atau sebaliknya.

 

Katanya, pesanan daripada pelanggan kekal kukuh dan jualan daripada pelanggan X dapat menampung sebarang kelemahan daripada pesanan pelanggan lain.

 

"Lebih banyak model baharu akan dilancarkan oleh pelanggan mereka pada 2023 kerana kebanyakannya menangguhkan pelancaran disebabkan cabaran pada 2022.

 

"Ditambah dengan pelanggan yang menyimpan bekalan inventori berikutan jangkaan peningkatan makroekonomi secara beransur-ansur, permintaan untuk perkhidmatan kumpulan berkemungkinan kekal stabil untuk 2023," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' terhadap kumpulan itu dengan harga wajar (FV) RM1.05 sesaham.

 

"Bagaimanapun, terdapat risiko terhadap saranan itu termasuk kemelesetan ekonomi global yang lebih teruk daripada jangkaan dan kumpulan itu kehilangan pelanggan utama," katanya. - DagangNews.com