Prestasi Sunway Construction agak mengecewakan pada 1HFY23 akibat kemajuan projek yang perlahan, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Prestasi Sunway Construction agak mengecewakan pada 1HFY23 akibat kemajuan projek yang perlahan, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Sept - Prestasi Sunway Construction Group Berhad bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2023 (1HFY23) agak mengecewakan disebabkan kemajuan yang perlahan bagi projek pusat data utamanya.

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, kelewatan itu adalah bersifat sementara dan kejayaan Program Kuasa Hijau Korporat Sunway Construction selain rekod prestasi dalam skim Solar Skala Besar 4 (LSS4)  boleh meletakkan syarikat untuk mendapat manfaat daripada  Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

 

Katanya, aliran kontrak dijangka meningkat dengan pelbagai keputusan mengani anugerah akan dilakukan.

 

"Perniagaan pratuang berada di landasan untuk prestasi kukuh pada FY23 dan kelihatan bersedia untuk pertumbuhan pada FY24 hingga FY25.

 

“Kami membuat perubahan kecil kepada ramalan FY2023/24/25 sebanyak -1.1%/+1.2%/+0.6%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, pendapatan kumpulan itu menyusut kepada RM1.12 bilion bagi 1HFY23 berbanding RM1.18 bilion separuh tahun pertama sebelum ini.

 

Untung bersih kumpulan itu bagi tempoh berkenaan juga susut kepada RM61.9 juta berbanding RM69.3 juta pada 1HFY22.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.10 lebih tinggi berbanding RM2.07 sesaham. - DagangNews.com