Principal® bantu mangsa banjir Pantai Timur | DagangNews Skip to main content

Principal® bantu mangsa banjir Pantai Timur

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Kumpulan perbankan terulung di Asia Tenggara yang dimiliki bersama oleh Principal Financial Group®, Principal Asset Management Berhad (Principal®) menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

 

Misi yang dijalankan Principal Financial Group®, Principal Asset Management  dan Principal Islamic Asset Management itu menyumbang sebanyak 100,000 pelitup muka dan 20,000 pensanitasi kepada pusat-pusat pemindahan banjir di Kuantan, Kemaman, Marang, Kuala Lipis  dan Pengkalan Chepa.

 

Principal® berkata, pihaknya menjalankan kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri-negeri berkenaan untuk menyelaras dan menyampaikan barangan keperluan.

 

.

 

"Kami juga mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan demi menjamin proses pengangkutan dan pangagihan yang dilakukan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKM.

 

"Kami bimbang akan situasi banjir yang melanda beberapa buah negeri dan dan berasa cukup simpati  terhadap mereka yang terkesan oleh kejadian ini. 

 

"Harapan kami agar langkah-langkah pencegahan akan diambil dengan sewajarnya untuk mengawal penyebaran COVID-19, dan melindungi nyawa dan keselamatan mangsa-mangsa banjir," kata Principal® dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sepanjang 2020, Principal® telah membantu pelbagai golongan dan lapisan masyarakat termasuk kakitangan kesihatan dan perubatan yang berdepan dengan COVID-19, pelajar-pelajar universiti yang terkandas di Lembah Klang, dan masyarakat di Sabah yang terjejas oleh gelombang kedua COVID-19. 

 

.

 

Jelas Principal® lagi, fokus pihaknya bukan sahaja dalam menjaga para pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan kakitangan, malah masyarakat tempatan di kawasan pengoperasian.

 

"Dalam jangka masa panjang, kewajipan kami adalah untuk merealisasikan misi kami dalam membina komuniti yang lebih teguh, berdaya tahan, dan mampan. 

 

"Sebagai warga korporat, Principal® berusaha untuk melakukan perkara yang betul iaitu sesuatu yang kami telah lakukan selama lebih daripada 140 tahun di seluruh dunia dan lebih dua dekad di Malaysia," ujar Principal® lagi. - DagangNews.com