Prof Diraja Ungku Aziz meninggal dunia | DagangNews Skip to main content

Prof Diraja Ungku Aziz meninggal dunia

 

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid, 98, telah meninggal dunia kira-kira jam 4 petang semalam. 

 

Perkara itu telah disahkan oleh isteri Allahyarham yang merupakan bekas Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia Berhad (Angkasa), menurut laporan Bernama. 

 

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira jam 10 malam tadi.

 

Pengebumian dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

 

Turut kelihatan menziarahi pengebumian Allahyarham adalah bekas pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM) Dr. Syed Husin Ali dan Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Mohamad Ali Hasan.

 

Baca : Ungku Aziz : Pemikir bangsa, tiada tolok bandingan - PM

 

Ungku Abdul Aziz telah dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 dan merupakan tokoh negara paling disegani.

 

Allahyarham yang merupakan tokoh pendidikan dan ekonomi telah menyumbang kepada pelbagai idea praktikal dalam memajukan ekonomi.

 

Ini terutamanya melibatkan bidang pendidikan dan ekonomi orang Melayu serta umat Islam.

 

Jasa Allahyarham turut mendorong kepada penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains. - DagangNews.com