Proton beri diskaun 50% untuk alat ganti kenderaan semua model kecuali X50, X70 | DagangNews Skip to main content

Proton beri diskaun 50% untuk alat ganti kenderaan semua model kecuali X50, X70

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 30 Dis - Proton menyediakan diskaun sebanyak 50% bagi alat ganti kenderaan untuk semua model kecuali Proton X70 dan X50 menerusi pakej bantuan yang dipertingkatkan bagi meringankan beban kewangan mangsa banjir.

 

Pada masa sama, syarikat automotif nasional itu turun meyediakan servis tunda serta pembersihan luar dan ruang enjin secara percuma.

 

Bagi pemilik Proton X50 dan X70, diskaun untuk alat ganti terpilih telah dinaikkan kepada 25% berbanding dengan 20% yang telah diumumkan sebelum ini selain diskaun 25% diberikan untk caj buruh bagi semua model.

 

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli insurans menerusi Program Insurans Proton (PIP) layak menerima bayaran bantuan banjir sebanyak RM1,000. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton bersimpati dengan nasib mangsa banjir kerana kebanyakannya terdiri daripada golongan B40.

 

"Sehingga kini, lebih kurang 600 kenderaan telah diterima oleh pusat servis Proton dan kami menjangkakan banyak akan datang pada minggu hadapan.

 

poton

 

“Selain daripada pakej bantuan, PROTON juga akan berunding dengan pihak bank untuk membenarkan pelanggan membuat bayaran secara ansuran melalui kad kredit tanpa dikenakan sebarang faedah serta tidak perlu membuat bayaran penuh secara sekaligus," katanya.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian pelanggan PROTON di 1-800-88-8398. - Dagangnews.com