NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 28 Dis - Spritzer menawarkan hadiah utama berupa Proton X70 menerusi Peraduan Minum Spritzer, Menang & Huat bersempena sambutan Tahun Harimau yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Peraduan yang bermula sejak 1 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022, boleh disertai orang ramai dengan hanya membuat pembelian ke atas mana-mana produk Spritzer berharga RM8 dari mana-mana kedai atau platform e-dagang di dalam satu resit.
"Peserta perlu menulis nama seperti tertera dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan emel pada salinan resit asal dan hantar menerusi aplikasi WhatsApp 0176718310. Peserta diminta untuk menyimpan resit asal untuk tujuan pengesahan.
"Setiap peserta boleh menyertai pertandingan itu lebih daripada sekali dengan pembelian barangan Spritzer bernilai RM8," katanya dalam satu kenyataan.
Selain hadiah utama, Spritzer turut menyediakan lapan hadiah utama mingguan berupa wang tunai berjumlah RM888 dan 38 hadiah saguhati mingguan berupa wang tunai berjumlah RM128.
Antara produk yang boleh dibeli pserta untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini termasuk air mineral semula jadi Spritzer, air minuman suling Spritzer, air minuman RO Spritzer, Siri Spritzer Dispenser, air mineral semula jadi ACILIS by Spritzer, minuman berperisa Spritzer Tinge, minuman berperisa berkarbonat Spritzer So Tinge!, dan air mineral berkarbonat Spritzer Sparkling.
Untuk maklumat lanjut tentang butiran peraduan, sila mengunjungi laman web kami, www.spritzer.com.my/contest.
Baru-baru ini, Spritzer meraih anugerah Jenama Terbaik 2021 -2022 di World Branding Awards bagi kategori air dan syarikat akan terus meningkatkan usaha menyediakan air mineral berkualiti kepada pengguna. - DagangNews.com
.