Proven Land umum pelaburan dalam Exsim, raih manfaat projek hartanah | DagangNews Skip to main content

Proven Land umum pelaburan dalam Exsim, raih manfaat projek hartanah

Jack Leong (kiri) dan Lim Aik Hoe bertukar dokumen perjanjian antara kedua pihak di Kuala Lumpur.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 5 Julai - Proven Land Sdn Bhd (Proven Land) memeterai perjanjian dengan anak syarikat milik penuh Exsim Development Sdn Bhd (Exsim) untuk melanggan pegangan dalam syarikat pembangunan hartanah terkenal itu. 

 

Kerjasama tersebut membolehkan Proven Land mendapat manfaat daripada portfolio projek yang pelbagai dan inovatif yang menjanjikan peluang pertumbuhan dan pembangunan yang ketara.

 

Proven Land berkata, Exsim yang terkenal dengan projek termaju, hijau dan mampan, mempunyai kehadiran yang menonjol dalam sektor pembangunan hartanah. 

 

"Beberapa projek hospitaliti terkenal EXSIM yang telah berjaya disiapkan termasuk Expressionz Professional Suites @ Tun Razak, Ceylonz Suites @ Bukit Ceylon, Scarletz Suites @ KL City Centre dan Mossaz @ Damansara Perdana," katanya dalam kenyataan hari ini. 

 

Pengarah Proven Land, Jack Leong berkata, pelaburan Proven Land dalam Exsim menandakan peristiwa penting untuk syarikat.

 

"Dengan melanggan kepentingan, kami bersedia untuk memanfaatkan projek dan kepakaran inovatif mereka, meningkatkan portfolio kami dan mencipta peluang baharu untuk pertumbuhan.

 

"Kerjasama ini menekankan komitmen kami terhadap sektor berpotensi tinggi dan memacu kemakmuran ekonomi di rantau ASEAN," jelasnya. 

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Exsim, Lim Aik Hoe berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan Proven Land sebagai rakan kongsi kami.

 

"Kerjasama ini menandakan keyakinan Exsim dalam membina pembangunan yang lebih hijau dan mampan, sambil meningkatkan gaya hidup pembeli kami. 

 

"Kami berharap dapat mempunyai lebih banyak perkongsian dengan Proven Land pada masa hadapan, mungkin dalam komponen pembangunan yang berbeza juga," katanya. 

 

Proven Land pada masa sama juga memeterai perjanjian dengan Octowill Trustees Berhad (Octowill), yang akan menyokong pembangunan Proven Land pada masa hadapan.
 

"Memandang ke hadapan, Proven Land kekal optimistik tentang pertumbuhan masa depan landskap pembangunan hartanah di Malaysia. 

 

"Syarikat komited untuk mengenal pasti dan memanfaatkan peluang berpotensi tinggi, memacu inovasi, dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi di rantau ini," katanya.- DagangNews.com