QSR Trading terokai pasaran minuman menerusi jalinan kerjasama dengan Akbar Tea | DagangNews Skip to main content

QSR Trading terokai pasaran minuman menerusi jalinan kerjasama dengan Akbar Tea

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Sept - QSR Trading Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan Akbar Tea bagi memasarkan Teh Hitam Merah & Putih dan Teh Hitam Emas, serta Teh Hijau keluaran syarikat itu di negara ini.

 

Akbar Tea merupakan jenama minuman pertama yang dibawa masuk oleh QSR Trading.

 

Pengurus Besar QSR Trading, Chan Chong Thye berkata, Akbar Tea berjaya mengubah persepsi orang ramai terhadap teh terutama dalam kalangan generasi muda.

 

"Ini adalah waktu yang tepat untuk membawa masuk Akbar Tea ke pasaran Malaysia, apabila permintaan teh di negara ini berada pada landasan pertumbuhan yang stabil.

 

“Menurut data responden dari Nielsen IQ, kategori teh hitam telah menunjukkan pertumbuhan nilai sebanyak 13.8% dan pertumbuhan jumlah sebanyak 7.5% sehingga Mac 2023. 

 

teh

 

"Kami mahu menawarkan kualiti teh premium pada harga berpatutan, selain menawarkan kepelbagaian pilihan yang menarik untuk penggemar teh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Pengarah Akbar Brothers, Mansoor Akbarally yakin bahawa barisan produk teh mereka akan berkembang maju hasil daripada kerjasama dengan QSR Trading. 

 

"Akbar Tea amat mengalu-alukan peralihan penerimaan dan permintaan  terhadap sumber teh yang beretika, di samping ketelusan rantaian bekalan yang lengkap," katanya.

 

Sebagai permulaan, dua variasi teh hitam akan dibawa masuk ke pasaran tempatan iaitu Teh Hitam Merah & Putih dan Teh Hitam Emas, serta Teh Hijau.

 

Harga produk Akbar Tea di Malaysia bermula dari RM4.60 hingga RM5.55 untuk pek 25 uncang teh dan  RM12.60 hingga RM18.55 untuk pek 100 uncang teh, membolehkan penggemar teh di negara ini merasai  keunikan rasa Akbar Tea. - DagangNews.com