Rebat tunai hingga RM6,000 untuk Ranger Raptor, WildTrak | DagangNews Skip to main content

Rebat tunai hingga RM6,000 untuk Ranger Raptor, WildTrak

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah memperkenalkan penjimatan untuk model Ranger Raptor dan WildTrak terpilih dengan rebat tunai sehingga RM6,000.

 

Perkara itu diumumkan SDAC dalam sebuah kenyataan.

 

Menurut syarikat pengedar itu, Ranger WildTrak menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar, seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki,  Amaran Pelanggaran Depan, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan, Parkir Selari Separa Automotik, dan kesemuanya adalah ciri-ciri unggul untuk sebuah trak pikap.

 

Ford Ranger WildTrak
Ford Ranger WildTrak

 

“Ranger Raptor pula dikuasakan dengan DNA Prestasi Ford yang melampaui jangkaan dan menjadi penanda aras baharu sebagai sebuah trak pikap berprestasi di Malaysia.

 

“Mutu prestasinya dizahirkan melalui sistem gantungan litar lumba Fox Racing Shox yang memberikan daya peredam hentak yang lebih tinggi bagi menangkis lambungan untuk memberikan keupayaan laluan lasak yang lebih baik,” jelas SDAC.

 

Ranger Raptor
Ford Ranger Raptor

 

Bagi menambah kehebatannya di laluan lasak, mod pra-tetapan Ranger Raptor untuk Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja, yang diinspirasikan dari Baja Desert Rally, menghasilkan prestasi laluan lasak dengan responsif ultra dan berkelajuan tinggi.

 

“Pelanggan digalakkan membuat janji temu dengan agen pengedar Ford yang sah atau menghubungi pihak jualan kami di talian WhatsApp +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut.

 

“Bertindak pantas kerana stok adalah terhad.

 

“Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sdacford.com.my/whats-new/promotions/cny-sales,” tambah SDAC lanjut. – DagangNews.com