Respond.io Malaysia raih status Pembekal Penyelesaian WhatsApp Business, sertai 150 Pembekal Global diiktiraf Meta | DagangNews Skip to main content

Respond.io Malaysia raih status Pembekal Penyelesaian WhatsApp Business, sertai 150 Pembekal Global diiktiraf Meta

Antara muka peti masuk pengguna Respond.io
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 Jun - Platform pengurusan perbualan pelanggan saluran omni (omnichannel) respond.io telah meraih status Pembekal Penyelesaian Perniagaan (BSP) WhatsApp, menyertai barisan eksklusif kurang daripada 150 BSP di seluruh dunia.

 

Perniagaan tempatan yang menggunakan respond.io kini boleh mengintegrasikan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) WhatsApp secara terus daripada rangkaian pelayan awan Meta di seluruh dunia, mempertingkatkan masa penghantaran mesej serta keupayaan penglibatan pelanggan secara keseluruhannya.

 

Sebagai satu daripada pembekal utama keupayaan API WhatsApp di Malaysia, respond.io kini mempunyai akses terus kepada pasukan sokongan Meta dan boleh memberikan bantuan yang lebih pantas untuk permintaan seperti pengesahan WhatsApp Business.

 

Selain itu, perniagaan juga boleh mengurus keseluruhan profil WhatsApp Business mereka — daripada penciptaan templat mesej dan kelulusan kepada caj perbualan — semuanya melalui satu antara muka terpusat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif, Respond.io, Gerardo Salandra berkata, sebagai Pembekal Penyelesaian WhatsApp Perniagaan, respond.io kini dapat memberikan pengalaman pemesejan WhatsApp yang lancar dan selamat kepada pelanggan.

 

Menurut beliau, ia sejajar dengan komitmen kami dalam memperkasakan perniagaan untuk mencipta pengalaman pelanggan yang lebih baik melalui pemesejan.

 

"Kami sentiasa memerhatikan trend baru muncul seperti AI perbualan dan pemesejan pelbagai saluran (omnichannel) untuk memastikan kami sentiasa terkedepan dalam inovasi dan dapat membangunkan penyelesaian termaju yang diperlukan oleh pasaran.

 

"Sebagai syarikat permulaan Malaysia, kami dapat melihat potensi besar dan penggunaan pemesejan segera yang tinggi di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

parafrasa
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Respond.io,Gerardo Salandra


 

Dengan pelbagai alatan pemesejan yang komprehensif, respond.io menawarkan penyelesaian komunikasi pelanggan yang lengkap kepada perniagaan untuk memanfaatkan kadar penggunaan pemesejan segera yang tinggi di Malaysia.

 

Melalui capaian multipengguna, platform ini membantu pasukan perniagaan untuk membalas sejumlah besar mesej melalui satu nombor WhatsApp sahaja.

 

Selain itu, perniagaan boleh memanfaatkan pembina automasi canggih respond.io, melengkapkan integrasi yang lancar dengan saluran pemesejan tersuai dan lebih 5,000 aplikasi pihak ketiga — termasuk pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) dan platform e-dagang seperti Hubspot, Salesforce, Shopify, WooCommerce, Magento dan lain-lain.

 

Platform ini turut menyediakan modul laporan untuk analisis terperinci mengenai prestasi ejen individu dan pasukan.

 

Untuk membantu perniagaan mematuhi dasar dan peraturan WhatsApp, respond.io memudahkan pelbagai penyelesaian untuk pengumpulan ikut serta (opt-in) pelanggan.

 

Melalui platform tersebut, perniagaan boleh menjana pautan atau widget WhatsApp untuk mendapatkan ikut serta daripada pelanggan dengan mudah melalui laman web atau laman media sosial mereka.

 

Beribu pejabat di Malaysia, respond.io merupakan satu platform pemesejan pelanggan tempatan pilihan syarikat terkemuka seperti Selangkah, Teleport dan Abenson.

 

Kejayaan utamanya termasuklah meningkatkan jualan Lamarsa Coffee sehingga 50% di enam buah negara, serta membantu Pinnacle Contact Centre merekrut lebih daripada 110 calon setiap hari. Respond.io akan terus memajukan teknologi komunikasi pelanggan untuk pasaran Malaysia.

 

Respond.io merupakan perisian pengurusan perbualan pelanggan yang membolehkan ahli pasukan dan syarikat membalas mesej daripada mana-mana saluran melalui satu papan pemuka terpusat.

 

Platform ini memproses sebanyak 120 juta mesej setiap bulan, menjadikan ianya satu platform pilihan untuk komunikasi dengan pelanggan yang lebih mudah, pantas dan lebih memuaskan.

 

Respond.io kini digunakan di 86 negara oleh lebih 10,000 syarikat, termasuk Klook, Decathlon, British Airways, Yoho, Roche dan ShareChat.

 

Respond.io baru-baru ini telah meraih AS$7 juta dalam pusingan pembiayaan Siri A, diketuai oleh Headline Asia dengan penyertaan daripada AltaIR Capital, Smart Partnership Capital, Sterling Oak Group dan Calendula Ventures. - DagangNews.com