KUALA LUMPUR 14 Sept - RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' terhadap Bumi Armada Berhad dengan harga sasaran (TP) 73 sen sesaham selepas syarikat itu mengembangkan jejaknya ke Indonesia.
Ini berikutan berita konsortium yang terdiri daripada Pexco Energy dan Bumi Armada yang berdaftar di Belanda dianugerahkan blok Akia di luar pantai Kalimantan Utara, Indonesia.
Pada masa yang sama, kumpulan itu menyatakan bahawa ia sedang mereka bentuk sistem suntikan tangkapan karbon bagi medan gas di Indonesia.
Kapasiti dan perbelanjaan modal bagaimanapun tidak diketahui dan bergantung kepada pendekatan pembangunan dan kesukaran projek.
"Kami percaya projek sebegitu mungkin agak intensif tetapi Bumi Armada berkemungkinan mereka memiliki kurang daripada 50% pegangan ekuiti dalam unit LNG terapung.
"Sementara menunggu butiran lanjut, kami mengekalkan unjuran pendapatan kami," kata firma itu dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu positif terhadap kerjasama itu walaupun impak pendapatan masih tidak jelas dan kapasiti serta perbelanjaan modal masih tidak diketahui bergantung kepada beebrapa perkara.
Bagaimanapun, Bumi Armada berdepan beberapa cabaran termasuk pembatalan kontrak selain kegagalan meraih kontrak baharu dan kemerosotan dalam operasi Armada Kraken.- DagangNews.com