KUALA LUMPUR 12 Sept - RHB Investment mengekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,500 mata untuk akhir tahun walaupun terdapat isyarat positif daripada pengumuman dasar kerajaan baru-baru ini.
Risiko utama bagi pasaran ekuiti termasuk ringgit yang lemah, kadar pemulihan ekonomi yang lebih perlahan daripada jangkaan di China, keuntungan korporat yang lemah dan kestabilan kerajaan yang berterusan.
"Pada 14.5 kali harga FY24 kepada pendapatan, penilaian dilihat stabil," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Pemangkin penarafan semula termasuk penambahbaikan secara berperingkat dalam tinjauan makroekonomi global dan bukti yang lebih jelas bahawa pengetatan dasar monetari Rizab Persekutuan AS telah berjalan dengan lancar.
“Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), bersama-sama dengan dokumen dasar Pelan Induk Perindustrian Nasional 2030, adalah petanda positif ke arah yang betul untuk memacu Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
"Bagaimanapun, kejayaannya bergantung kepada pelaksanaan yang berkesan, dan kami perhatikan tempoh masa pelaksanaan yang panjang bagi polisi itu.
"Walaupun pendirian teras bertahan masih diutamakan, kelemahan pasaran harus dilihat sebagai peluang untuk menggunakan simpanan tunai secara berperingkat bagi menambah kedudukan ekuiti," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan penarafan 'overweight' kepada sektor minyak & gas dan utiliti, pembinaan, hartanah dan penjagaan kesihatan. - DagangNews.com