RHB Research jangka RCE Capital catat pertumbuhan pinjaman sebanyak 4% bagi FY23 | DagangNews Skip to main content

RHB Research jangka RCE Capital catat pertumbuhan pinjaman sebanyak 4% bagi FY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Ogos - RHB Research menjangkakan RCE Capital akan mencatatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 4% pada FY23F.

 

Firma itu berkata, pembiayaan kasar kumpulan itu meningkat 1.4% dari suku ke suku (FY22: +1.8% dari tahun ke tahun) dibantu oleh pembukaan semula ekonomi.

 

"Pengurusan syarikat percaya pertumbuhan mereka adalah mampan memandangkan momentum kukuh dalan permohonan pembiayaan.

 

"RCE juga telah melancarkan beberapa kempen bagi meraih peluang pemberian pinjaman," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, dengan semua penghutang pembiayaan RCE pada kadar tetap, berbanding 71.5% daripada liabiliti pembiayaannya adalah pada kadar tetap juga, persekitaran kadar faedah yang meningkat akan memberi kesan negatif ke atas margin faedah bersih (NIM).

 

Katanya, dalam usaha mengurangkan tekanan NIM, RCE menumpukan pada produk kadar keuntungan lebih tinggi untuk meningkatkan hasil aset.

 

"Penggunaan kredit pusingan kadar terapung telah membantu mengurangkan kos pembiayaan.

 

"Langkah-langkah ini seharusnya membantu memastikan pemampatan NIM terurus," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' untuk saham RCE dengan harga sasaran (TP) baharu, RM1.92. - DagangNews.com