RHB Research semak naik unjuran pendapatan Boilermech sebanyak 3% bagi FY24-25 | DagangNews Skip to main content

RHB Research semak naik unjuran pendapatan Boilermech sebanyak 3% bagi FY24-25

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Jan - RHB Research menyemak naik unjuran pendapatan Boilermech Holdings Berhad bagi FY24-25 sebanyak 3% kesan daripada bahagian faedah minoriti yang lebih rendah.

 

Firma itu bagaimanapun mengekalkan unjuran pendapatan bagi FY23.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu memeterai perjanjian pemerolehan saham dengan Leong Jit Min untuk memperoleh 245,000 saham Tera (mewakili baki 35% faedah yang tidak dipegang oleh Boilermech) dengan pertimbangan tunai sebanyak RM8.2 juta dengan RM4.2 juta akan disimpan sebagai keuntungan jaminan.

 

Katanya, pengambilalihan itu lengkap pada 6 Januari 2023 dan Jit Min yang memegang jawatan pengarah eksekutif  akan meneruskan perkhidmatan eksekutifnya selepas pemerolehan itu.

 

"Kami menjangkakan untung bersih selepas cukai FY23 yang disumbangkan Tera adalah sebanyak RM1.1 juta dengan nilai pengambilalihan Tera itu adalah sebanyak RM23.4 juta," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu neutral terhadap perkembangan itu dan menjangkakan tidak akan memberi kesan yang terlalu ketara keada pendapatan FY24-25.

 

Katanya, ia disebabkan bahagian yang lebih rendah daripada kepentingan minoriti yang diimbangi oleh pendapatan faedah yang diketepikan. 

 

"Unit tenaga solar kumpulan itu menyumbang hanya 7% daripada hasil 1HFY23, dengan untung sebelum cukai sebanyak RM300,000.

 

"Kami menjangkakan kumpulan itu kekal dalam kedudukan tunai bersih, memandangkan rizab tunainya sebanyak RM62.7 juta pada 1HFY23," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu 62 sen.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk turun naik harga bahan mentah, gangguan rantaian bekalan dan kadar pergerakan tukaran wang asing yang menggalakkan," katanya. - DagangNews.com