Rizab Antarabangsa BNM meningkat kepada AS$108.6 bilion | DagangNews Skip to main content

Rizab Antarabangsa BNM meningkat kepada AS$108.6 bilion

BNM

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$108.6 bilion pada 29 Januari 2021, berbanding AS$107.8 bilion pada 15 Januari 2021.

 

BNM berkata, paras rizab berkenaan memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

"Komponen utama rizab antarabangsa yang dikeluarkan hari ini terdiri daripada rizab mata wang asing yang berjumlah AS$100.4 bilion, kedudukan rizab Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.4 bilion.

 

"Hak Pengeluaran Khas (SDR) pula berjumlah AS$1.2 bilion, emas dan lain-lain aset rizab pula masing-masing sebanyak AS$2.4 bilion dan AS$3.2 bilion," jelas BNM dalam kenyataan hari ini.

 

Dalam aspek aset pula, emas, pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR mencecah RM436.58 bilion, sementara kertas kerajaan Malaysia berjumlah RM11.14 bilion.

 

Dalam pada itu, deposit dengan institusi kewangan (RM2.94 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM18.47 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM17.06 bilion). - DagangNews.com