Robin Tan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Berjaya Land berkuat kuasa 1 Mac 2023 | DagangNews Skip to main content

Robin Tan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Berjaya Land berkuat kuasa 1 Mac 2023

KUALA LUMPUR 2 Mac - Anak taikun Tan Sri Vincent Tan, Datuk Robin Tan Yeong Ching dilantik sebagai timbalan pengerusi bukan eksekutif bukan bebas Berjaya Land Bhd, berkuat kuasa serta-merta pada 1 Mac.

 

Pelantikan tersebut adalah berikutan perletakan jawatannya sebagai timbalan pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif Berjaya Corp Bhd, juga berkuat kuasa semalam.

 

Selain Berjaya Land, Robin Tan yang berusia 48 tahun juga merupakan pengerusi eksekutif Sports Toto Bhd dan pengarah Atlan Holdings Bhd.

 

 

Robin Tan
Robin Tan

 

 

Dalam makluman berasingan di Bursa, Berjaya Land juga mengumumkan pelantikan Tan Peng Lam sebagai pengarah bebas bukan eksekutif kumpulan itu, selepas beliau meletak jawatan sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif Berjaya Corp.

 

Selain itu, Syed Ali Shahul Hameed dilantik semula sebagai ketua pegawai eksekutif kumpulan, menggantikan Datuk Abdul Rahim Mohd Zin yang telah dilantik semula sebagai pengarah eksekutif untuk syarikat itu.

 

Sebelum ini, Syed Ali adalah timbalan pengerusi eksekutif syarikat itu. -DagangNews.com