RTM jadikan Program Jelajah AKM sebagai medan memperkenalkan penyampai radio kepada masyarakat | DagangNews Skip to main content

RTM jadikan Program Jelajah AKM sebagai medan memperkenalkan penyampai radio kepada masyarakat

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

SHAH ALAM 20 Ogos - Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhasrat menjadikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sebagai medan untuk orang ramai mengenali penyampai radio dan cara mereka berkerja di konti.

 

Menerusi Jelajah AKM yang diadakan di setiap negeri, RTM mengambil inisiatif membawakan studio mini dan konti radio serta set interaktif bagi memberi gambaran kepada orang ramai mengenai cara mereka bekerja dalam menyalurkan maklumat.

 

Penerbit Program Jelajah AKM Selangor, Dassky Shah Ewas Hamshah berkata, mereka akan membawa segala kelengkapan untuk konti radio paling minimum bagi memberi gambaran kepada orang ramai mengenai kerja harian mereka.

 

"Boleh dikatakan orang ramai memang teruja dengan pendekatan ini kerana sebelum ini mereka hanya mendengar suara penyampai sahaja di radio, menerusi cara ini mereka dapat merasai sendiri pengalaman berada di konti dan berkenalan penyampai yang sedang bersiaran.

 

"Selain itu, kami juga berperanan membantu kementerian dan agensi kerajaan lain dalam mempromosikan program mereka," katanya yang juga Penyampai Radio Selangor FM kepada DagangNews.com, hari ini.

 

dj

 

Menerusi pendekatan itu katanya, mereka juga akan membawakan menteri serta pegawai-pegawai kementerian untuk menghebahkan tentang polisi kerajaan tekini.

 

dj

 

Selain itu beliau berkata, pihaknya juga akan memberi peluang kepada usahawan untuk berkongsi pengalaman mereka untuk dijadikan inspirasi selain dorongan kepada oran ramai.

 

DJ

 

"Selangor FM memiliki lebih daripada 250,000 pendengar di seluruh Selangor, menerusi cara ini kami bukan sahaja dapat menyalurkan maklumat tepat dan terkini malahan dapat mendekati para pendengar kami," katanya. - DagangNews.com