Sabah milik Malaysia | DagangNews Skip to main content

Sabah milik Malaysia

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Sabah tetap milik Malaysia. 

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Malaysia telah menetapkan pendirian ke atas pemilikan Sabah, dan ia tidak perlu dipersoalkan. 

Menerusi hantaran statusnya di Twitter, Hishammuddin turut berkongsi sebuah video di mana beliau membuat kenyataan terhadap pemilikan Sabah di Parlimen pada 5 ogos lalu. 

Sabah

“Saya telah membuat pendirian jelas ke atas pemilikan Sabah sebelum ini, tiada persoalan mengenainya. 

“Sabah selamanya sebahagian daripada Malaysia,” tegas beliau. 

Semalam tular sebuah cadangan kongres oleh kerajaan Filipina untuk memasukkan Sabah ke dalam peta baharu negaranya yang dicetakkan di pasport. 

 

Shafie
Shafie Apdal

 

Susulan itu, Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal menggesa kementerian luar negeri untuk memberi amaran tegas kepada Filipina. 

Jelasnya, cadangan itu melanggar kedaulatan Sabah dan mendakwa Wisma Putra tidak boleh lagi berlembut atas isu berkenaan.  - DagangNews.com