Saham pengeluar sarung tangan getah tetap menguntungkan, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Saham pengeluar sarung tangan getah tetap menguntungkan, kata CGS-CIMB

Oleh JOHARDY IBRAHIM
editor@dagangnews.com

 

SHAH ALAM 19 Ogos – Firma penyelidikan CGS-CIMB kekal mengklasifikasikan syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan getah sebagai Overweight, dan menyifatkan penurunan saham beberapa hari ini didorong oleh cetusan khabar angin.

M
enurut firma tersebut, penurunan saham-saham berkenaan ekoran laporan Rusia sudah menemukan vaksin untuk COVID-19, sebenarnya masih memerlukan ujian lanjut manakala cukai keuntungan juga tidak dibincangkan oleh kerajaan dengan pengeluar sarung tangan getah.

H
arga saham syarikat-syarikat terbabit menurun daripada 20-30% pada minggu terendah disebabkan kedua-dua laporan berkenaan.

C
GS-CIMB berpendapat vaksin COVID-19 mungkin mengambil lebih banyak masa daripada yang dijangka disebabkan virus coronavirus ini mempunyai banyak mutasi untuk dikendalikan.

B
erkenaan cukai keuntungan, firma itu berkata, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) tidak ada sebarang perbincangan dengan kerajaan mengenainya.

M
alah, MARGMA beranggapan jika cukai keuntungan dikenakan terhadap mereka, ia akan mendorong syarikat-syarikat seumpamanya memindahkan operasi ke negara yang memiliki insentif cukai yang lebih mesra dan tenaga manusia yang mencukupi.

“Daripada prospek masa depan, buku tempahan pengeluar sarung tangan kekal tegu sehingga separuh pertama tahun hadapan dan purata harga jualan (ASP) berterusan meningkat di dalam masa terdekat ini.

“Kami difahamkan pengeluar sarung tangan menaikkan harga ASP secara bulanan disebabkan dinamik permintaan-bekalan. Oleh itu, kami percaya peningkatan permintaan dan kenaikan ASP akan membawa kepada keputusan kewangan yang lebih teguh bagi semua pengeluar sarung tangan,’’ kata CGS-CIMB dalam laporan analisisnya hari ini.

F
irma penyelidikan itu mengekalkan sektor ini sebagai `Overweight’, malah penurunan harga saham pengeluar sarung tangan ini menjadikan ia peluang pelaburan yang menarik.

“Pilihan utama sektor bagi kami ialah Top Glove dan Supermax, selain Hartalega dan Kossan Rubber,” kata CGS.CIMB. – DagangNews.com