Sarung tangan Hartalega dianggar di bawah paras harga pesaing | DagangNews Skip to main content

Sarung tangan Hartalega dianggar di bawah paras harga pesaing

Sarung Tangan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Peningkatan purata harga jualan (ASP) bagi produk sarung tangan syarikat Hartelega Holdings Bhd. (Hartalega) dianggarkan berada di bawah paras harga yang diletakkan oleh pengeluar dan pesaing lain.

CGS-CIMB Research berkata, anggaran itu dilihat meskipun syarikat berkenaan berhasrat untuk meningkatkan ASP pad suku ketiga tahun kewangan 2021.

"Pada pandangan kami, ASP Hartelega cenderung berada di bawah paras harga pengeluar lain.

"Ini berdasarkan kepada kontrak jangka panjangnya dengan pelanggan dengan jumlah yang lebih besar.

"Selain itu, syarikat tersebut juga berhasrat untuk mengekalkan hubungan jangka panjang bersama pelanggan utamanya dengan tawaran harga yang berpatutan," jelas CGS-CIMB Research.

Baru-baru ini, DagangNews.com turut melaporkan syarikat pengeluar sarung tangan getah itu akan meningkatkan ASP sebanyak 50% pada suku ketiga 2021.

Peningkatan itu dijangka akan berterusan pada suku keempat 2021 dan suku kehadapan.

Dalam pada itu, CGS-CIMB Research turut mengekalkan saranan 'tambah' saham syarikat berkenaan dengan harga sasaran sesaham (TP) sebanyak RM24.80.

"Kami terus memilih dan tertarik dengan Hartelega disebabkan oleh teknologinya yang lebih kehadapan dalam industri sarung tangan nitril.

"Selain itu, syarikat berkenaan turut mendapat permintaan sarung tangan yang tinggi susulan penularan COVID-19 di samping margin yang lebih tinggi dalam sektor ini," tambah CGS-CIMB Research. - DagangNews.com