SCIB raih kontrak pembinaan semula sekolah daif di Serian bernilai RM21 juta | DagangNews Skip to main content

SCIB raih kontrak pembinaan semula sekolah daif di Serian bernilai RM21 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Mac - Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) menerusi anak syarikatnya, SCIB Industrialised Building System Sdn. Bhd. memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR) bernilai RM20.65 juta untuk pembinaan semula sekolah daif di Tebedu, Serian.

 

Kontrak tersebut mempunyai tempoh selama 24 bulan dan berada di bawah fasa ketiga peruntukan RM1 bilion kerajaan Sarawak untuk sekolah-sekolah usang.

 

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman berkata, projek JKR itu adalah sebahagian daripada program seluruh negara untuk membina semula atau mengubah suai sekolah-sekolah usang terutamanya di kawasan luar bandar di mana para pelajar sudah menghadapi cabaran akibat kekurangan infrastruktur. 

 

Beliau berkata, projek daripada JKR ini adalah sebahagian daripada program seluruh negara untuk membina semula atau mengubahsuai sekolah-sekolah usang terutamanya di kawasan luar bandar di mana pelajar menghadapi cabaran akibat kekurangan infrastruktur. 

 

"Cabang pembinaan Kumpulan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan projek EPCC manakala latar belakang kami sebagai pakar dalam kerja-kerja infrastruktur luar bandar bersaiz kecil hingga pertengahan meliputi jalan raya ke sekolah dan hospital.

 

"Kumpulan akan terus mencari projek di mana kami boleh memanfaatkan kepakaran kami sebagai peneraju pengilang konkrit pratuang dan IBS di Malaysia Timur. 

 

"Terdapat peluang untuk kami dibawah Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula baru-baru ini di mana Sarawak diperuntukkan RM5.6 bilion dan Sabah diperuntukkan RM6.5 bilion. Kami juga maklum dengan faedah RM920 juta yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah usang di kedua-dua negeri," katanya. - DagangNews.com