Seacera diberi lanjutan sehingga 24 April 2023 sediakan pelan penyusunan semula | DagangNews Skip to main content

Seacera diberi lanjutan sehingga 24 April 2023 sediakan pelan penyusunan semula

KUALA LUMPUR 9 Dis - Pengeluar jubin Seacera Group Bhd yang kini jatuh di bawah status syarikat bermasalah Nota Amalan 17 (PN17), mempunyai masa sehingga 24 April tahun depan bagi menyerahkan pelan penyusunan semulanya kepada pihak berkuasa kawal selia untuk kelulusan.

 

Dalam pemakluman di Bursa Malaysia, Seacera berkata Bursa Securities, melalui surat pada Khamis, telah memberikan syarikat itu lanjutan masa tersebut.

 

"Kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan ia dinyahsenarai daripada bursa saham tempatan," kata Seacera lagi.

 

Seacera jatuh ke dalam status PN17 pada April 2019, selepas ia gagal membayar prinsipal dan keuntungan kepada AmBank Islamic Bhd.

 

Jumlah kemudahan kumpulan terkumpul dengan AmBank ialah RM22.15 juta pada masa itu. - DagangNews.com