KUALA LUMPUR 16 Jan - Sime Darby Property Bhd bekerjasama dengan YCH Group, penyedia rumusan rantaian bekalan yang berpangkalan di Singapura bagi membangunkan hab logistik di Malaysia, Vietnam dan pasaran ASEAN yang lain.
Kedua-dua syarikat itu memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi cadangan perkongsian itu semasa Mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) ke-102, hari ini.
Menurut ASEAN-BAC, pencapaian utama pertama ialah pembangunan kemudahan logistik mercu tanda di perbandaran berpusatkan pelabuhan Sime Darby Property di Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor.
Kemudahan itu dijangka menelan belanja sekurang-kurangnya RM300 juta dan akan dimodelkan mengikut Bandar Rantaian Bekalan perdana YCH di Singapura.
“Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui eksport durian, mengukuhkan hubungan dalam kalangan negara anggota ASEAN, meningkatkan amalan pertanian Filipina, mewujudkan peluang pekerjaan, selain membuka jalan bagi projek keselamatan makanan masa depan,” kata ASEAN-BAC dalam satu kenyataan.
MOU itu adalah satu daripada tiga yang diumumkan semasa sidang akhbar oleh ASEAN-BAC pada Khamis, termasuk satu yang ditandatangani oleh Bornion Green Sdn Bhd Malaysia dan Yovel East Research and Development Inc dari Filipina untuk menubuhkan ladang durian Musang King di Filipina.
"Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui eksport durian, mengukuhkan hubungan antara negara anggota ASEAN, meningkatkan amalan pertanian Filipina, mewujudkan peluang pekerjaan, dan membuka jalan bagi projek keselamatan makanan masa depan," katanya.
MOU ketiga adalah yang dimeterai antara Majlis Perniagaan Kanada-ASEAN dan ASEAN-BAC bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan Kanada, khususnya melalui Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada (ACAFTA). - DagangNews.com